Blog Fuzriown
Jangan tengok je, klik laa...
Monday, July 11, 2016
My Name Is Aidil Football Team Logo
Sunday, October 23, 2011
Lukisan Abang Aa
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Lama betul tak cara dengan blog ni, hari ni ada le sikit cerita yang nak dikongsi dengan semua. Ni akak nak cite pasal anak akak yang sorang ni, Abang Aa namanya. Dia ni kira dalam kategori suka menconteng le, biasanya die suke tulis A,B,C ke atau conteng-conteng biasa jee tapi memang tak pernah lagi le tengok dia lukis gambar. Satu hari tu masa akak tengah menjahit tu dia datang tunjuk kat akak "Ibu....ibu, tengok Abang Aa lukis orang...". Haa...haaa...haa.. bila akak tengok gambar yang dia kate orang tu......hmmmm.... boleh tahan jugak lukisan anak aku ni. Ada la jugak rupa orang sikit...hee...hee. Mata kecik hidung besoo, ok la tuuu. Teruskan wahai anakku.
Ni gambar orang mata kecik, hidung besoo.. |
Dengan gigih berusaha maka terhasillah lagi gambar ni, Abang Aa kata gambar hantu terbang. Yang satu lagi tu gambar hantu kelakar. Apa yang kelakar pun tak taulah.
Ni hantu kelakar.. |
Ni hantu terbang... |
Monday, April 18, 2011
SYAITAN PUN TERKEJUT
Ada satu cerita. Ada seorang manusia yang bertemu dengan syaitan pada waktu Subuh. Daripada pertemuan itu akhirnya mereka menjadi sahabat. Menjelang waktu Subuh yang berikutnya, syaitan melihat manusia (kawan baru) tidak menunaikan solat, sambil tersenyum, syaitan berkata dalam hati, 'orang ini boleh menjadi sahabat baik aku'.
Begitu juga apabila tiba waktu Zohor. Orang itu masih tidak mengerjakan solat. Syaitan makin tersenyum lebar dan berkata dalam hati, 'rupanya inilah bakal teman sejatiku di akhirat nanti'. Ketika tiba waktu Asar dan sehingga habis waktu, orang itu masih dengan kegiatannya.
Syaitan mula terdiam.....kemudian datang waktu Maghrib, ternyata temannya itu tidak solat juga. Syaitan makin gelisah, tiada lagi senyum menguntum. dari wajahnya nampak bahawa ia seolah-olah sedang mengingati sesuatu. Akhirnya ketika dilihat sahabatnya itu tidak juga mengerjakan solat Isya, syaitan menjadi panik.
Melihat kejadian itu, syaitan tidak dapat menahan diri lagi, dihampiri sahabatnya tadi dengan penuh ketakutan dan berkata, 'wahai sahabat, aku terpaksa memutuskan persahabatan kita'.
Dengan penuh kehairanan manusia itu bertanya, 'kenapa engkau engkar janji? bukankah dulu, engkau ingin menjadi sahabat aku,' syaitan menjawab dengan gementar 'nenek moyangku dulu hanya sekali sahaja membangkang perintah-Nya, iaitu menolak untuk sujud kepada Adam, telah dilaknat-Nya.
Apakah engkau hari ini, telah lima kali membangkang untuk sujud kepada-Nya (sujud kepada Allah), tidak terbayang olehku, bagaimana besarnya murka Allah padamu.
-dikutip dari dakwah2 blogspot.
Sunday, April 17, 2011
Sejarah April Fool
Ia mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyuol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian.
Penduduk-penduduk Islam di Sepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan umat Islam dari Sepanyol.
Penduduk-penduduk Muslim ini diberitahu bahawa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama barang-barang keperluan dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh di pelabuhan. Orang Muslim yang risau jika tawaran tersebut merupakan satu panipuan telah pergi ke pelabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan.
Setelah berpuas hati, mereka membuat persediaan untuk bertolak. Keesokan harinya (1 April) mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan menuju ke pelabuhan. Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah penduduk-penduduk Islam ini.
Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar. Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum Muslim dan membunuh kesemuanya; lelaki, perempuan serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian.
Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia. Apa yang menyedihkan, masyarakat Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara sesama Islam sendiri.
(Dipetik dari Maruwiah Ahmat, 2003, Sejarah Bani Umayyah di Andalus, Karisma Publication Sdn. Bhd. Shah Alam, halaman 86 - 87)
Sunday, January 16, 2011
Adib tengok cite hantuuu...
Salam semua, ada satu malam tu anak-anak tengah tengok tv. Masa tu akak tak tau pun diorang tengok cite apa. Akak masa tu tengah baca paper dekat le dengan diorang yang tengah tengok tv tu. Akak terpandang le si Adib anak akak yang sorang ni tertutup-tutup muka dia, ingatkan pasal apa rupa-rupanya takot tengok cerita hantu kat tv. Takut tu takut tapi nak tengok jugek, nak tukar cerita lain tak bagi dia nak tengok jgek cerita tu. Ni la rope budak takut tapi mau...
Sunday, January 2, 2011
Selamat masuk ke alam persekolahan anak ibu...
Jumaat baru2 ni 31 Dis masuklah ke sekolah sorang lagi anak ibu. Sekejap je dah beso, tup...tup...tup dah darjah satu dah. Lepas ni harap-harapnye Akmal akan bersemangat le untuk belajar di sekolah, tak boleh dah la nak malas-malas. Kena la rajin baca buku supaya cepat pandai. Sorang lagi anak ibu tu pun tumpang sibok jgek, semangat die pn lebih daripada abang yg nak sekolah. Awal-awal lagi dah tanye baju sekolah die mana nak cari puas pujuk baru nak pakai baju lain, nasib baik beg sekolah ada beli hari tuuu. Hmmm... mintak-mintak le yg sorang ni bile dah sampai masa dia sekolah nanti bersemangat cmni jgek...
Saturday, January 1, 2011
Selamat tahun baru 2011
Sedar tak sedar dah bertukar tahun dah kan. Maknanya dah semakin bertambah la umoqnya..hehee makin muda la tu. Makin bertambah ragam anak2..makin besar la katakan.. harap2nya makin mendengar kata la ye.. Semoga tahun baru ni kehidupan makin bertambah senang..murah rezeki hendaknya. Amiiiinn...
Monday, December 27, 2010
Adik bertunang
Salam...
25.12.2010 baru-baru ni akak ngan family MIL termasuk le Yanmie pergi ikot rombongan adik ipar bertunang. Majlis pertunangan tersebut telah diadakan di Felda Jengka 18, Pahang Darul Makmur kire orang Felda jugak le ni. Alhamdulillah mereka berdua telah selamat bertunang dalam satu majlis yang simple je. Semoge pertunangan ini akan perpanjangan hingga ke gerbang perkahwinan amiiiinnn... Ni ade le sikit gambar semasa majlis tersebut, campor2 dengan gambar Yanmie...
25.12.2010 baru-baru ni akak ngan family MIL termasuk le Yanmie pergi ikot rombongan adik ipar bertunang. Majlis pertunangan tersebut telah diadakan di Felda Jengka 18, Pahang Darul Makmur kire orang Felda jugak le ni. Alhamdulillah mereka berdua telah selamat bertunang dalam satu majlis yang simple je. Semoge pertunangan ini akan perpanjangan hingga ke gerbang perkahwinan amiiiinnn... Ni ade le sikit gambar semasa majlis tersebut, campor2 dengan gambar Yanmie...
Diantara tukang sebok... |
Majlis sarung cincin. |
Barang hantaran |
Ni la bakal adik ipar comey tak? |
Sunday, December 26, 2010
Windunyeeeee...
Camane la nk cakap betapa la rindunye kat dia. Mesti dia tertanya2 nape la dia ni lama tak datang jengok ke tanya kabar ke..tup tup senyap sunyi lansung tak de kabar berita. Sebulan lebih tu..Hmmmm...apakan daya.. Tapi sekarang ni dah jumpa dah ngan dia..rasa nak plok2...cium2...mmmmuuuuaaaaaahhh4... Selamat bertemu kembali wahai blogkuuu....
Sunday, October 3, 2010
Aidil dah botak...
Sekejap je dah sebulan lebih dah umur si Aidil ni. Hari ni kepala dia dah didogolkan..hehehe..klakar plak tengok dia tak de rambut. Baru la ringan skit kepala. Kot lepas ni tak kuat menangis dah kot. Kalau menangis bukannya boleh sikit2..macam kena cubit. Menjerit2..Semoga nanti jadi anak yang soleh...
Abang aa nak dukung dulu... |
Sebelum dicukur... |
Dah kene cukoq... |
Syioknye sampai tertido... |
Dah selesaaai... |
Ringan le pale dieee... |
Majlis potong rambut
Lama betul tak de n3 baru. Berokband tu la punye pasal..LEMBAB...malas nak menyakitkan hati jadinya tak bukak lansong...baru padan muka. Ni balik rumah MIL baru bes....lajuuuuu je. Balik ke tajuk asal. Semalam MIL ada buat kenduri skit sempena nak potong rambut anak kecik ni. Ada la panggil orang marhaban..berendoi... Bes gak... Layan gambar plak....
Barang keperluan untuk majlis ini... |
Antara orang marhaban yang hadir termasuk le baby Aidil... |
Dua orang abangnye yang suke menyebok... |
Sebelah kiri tu my encem hubby... |
Ustazah tengah suap baby... |
Dari angel dalam buai baby... |
Sunday, September 12, 2010
Datuk Sosilawati dijumpai dibunuh dan dibakar?
Terkejutnya dengar berita TV1 dan TV3 pagi ni ada cerita tentang Datuk Sosilawati Lawiya pengasas satu produk kecantikan yang terkenal bersama dengan tiga orang yang lain telah dijumpai rentung di ladang ternakan ayam di Tanjung Layang, Morib. Mayat mereka dijumpai pada pukul 11.30 malam tadi. Keempat-empat mereka dipercayai dibunuh dan dibakar. Walau bagaimanapun pihak polis dan pakar forensik masih menjalankan siasatan untuk mengenal pasti identiti sebenar empat mayat rentung yang baru dijumpai. Diberitakan bahawa abu dan mayat mereka dicampakkan di pantai. Setakat ni enam tangkapan telah dilakukan melibatkan seorang Datuk yang mempunyai adik seorang doktor. Tak tau la sape tapi yang pastinya sape2 yang buat bende ni memang bodoh kalau dapat memang komfem bunuh je. Masyaallah, kejam sungguh manusia zaman sekarang ni. Apalah kesnya sampai sanggup dibunuh dan dibakar sampai macam tu sekali?
Friday, September 3, 2010
Cahaya Ramadhan...
Tak sempat akak nak buat n3 pasal menghitung hari.. tak dan nak menghitung dah keluar dulu. Hari ni dah masuk lima hari akak dok dalam pantang. Awal 15 hari dari tarikh jangka. Nasib baik la sempat pegi beli baju raya anak2 malam sebelum tu kalau tak, tak de baju raye lee. Bersalin kali ni alhamdulillah...segalanya dipermudahkan...berkat bulan ramadhan la ni. Pagi 29.8.2010 dalam pukul 10.00 akak tengok dah ada tanda darah dah tapi tak sakit lagi. Masa tu tengah dok bersiap2 nak balik rumah mak akak kat jengka 17. Bertolak dari jengka 13 rumah MIL dalam pukul 11.00 lebih. Sampai kat 17 ade adik2 akak je, mak akak tak sampai lagi dari KLIA. Balik umrah. Dari 13 tu ada la Yanmie bagi bekal batang buruk Sabah yang dia buat satu bekas. Alhamdulillah, bleh la nak merasa kuih raye sebelum raye. Dalam pukul 1 tu dah rasa dah sikit2 konstraksi tapi bleh tahan lagi. Adik2 akak plak yang nampak gelabah. Masa tu akak bukak pose dah. Tengah pulun makan batang buruk sabah tu la. Lambat2 kang tak dapat makan kempunan plak.. dekat setengah balang akak pulun. Adik2 tolong masakkan nasi siap tolong suapkan lagi.. tapi tengah sakit ni tak de la rasa nak makan sangat. Masa tu dah pukul 2 lebih dah. Sakit pun dah makin kerap dah. Akak pegi mandi, siap2 apa yang patut dalam pukul 3.15 kalau tak silap bertolak ke Hospital Temerloh. Sampai dah dekat pukul 4.00 terus masuk bilik untuk nurse periksa apa yang patut. Masa tu dia check dah ada bukaan 4cm. Sakit dah makin kerap dan bertambah2 sakit..dalam pukul 4.30 masuk bilik bersalin. Nurse2 kat situ tengah buat persediaan nak sambut orang baru. Tiba2 masuk la plak 2 orang doktor lelaki...aduhai...bersalin 3 orang sebelum ni tak pernah la lagi ada doktor lelaki. Ada la jugak perasaan malu tapi bila sakit dia sudah mari...lantak laaaaa...nurse tu check lagi sekali bukaan dia dah 5cm..tapi 8 minit selepas itu tepat jam 5.02 minit petang maka lahir la heroku yang ke-empat (bile la nak dapat pompuan plak)....Alhamdulillah...diorang pun terkejut sebab cepat sangat. Berat baby 2.9kg. Bersalin kali ni tak de kena jahit...Alhamdulillah, inilah berkat bulan ramadhan walaupun masa ni cuma dapat tengok je la orang makan sedap2...huhuhu...
Beberapa jam selepas dilahirkan... |
Muhammad Aidil bin Mohamed Sukhairul nama diberi... |
Olloooooo....bucyuk3... |
Sunday, August 29, 2010
Ronda-ronda kat Temerloh...
Semalam pegi ronda-ronda dekat pekan Temerloh dalam pukul 9.00pm. Pegi dengan suami dan anak-anak. Peeeeerggghhh... punya leee ramai orang, nak paking pun susah. Memang crowded gileee. Tapi nak buat camnekan dah memang adat kalu dekat-dekat nak raya ni memang macam tu la tradisinya. Ramai orang berniaga gile-gilenya dan ramai jugek orang yang membeli belah gile-gilenye. Saje je ronda-ronda cari baju melayu anak disamping tu nak tengok jugek gelagat orang-orang Temerloh yang sekali sekala dapat tengok (bile balik kampung je) seronok jugak dia ada satu macam happening. Pasal keadaan ni jarang-jarang berlaku hanya ada pada masa-masa tertentu contohnya masa ni la, nak rayeee. Masa ni la mana-mana kedai yang biasa tutup pukul 9 ~ 10 akan tutup pukul 12.00. Hubby ku memang x suka sangat kalu crowded-crowded ni, nasib baiklah pusing sekali lagi ada paking kosong kalu tak memang dia ajak baliknyeee. Hmmm... tu la dia, kat tempat korang macam mane plak ekkk? same jugak ke? lebih kurang je kot...
Saturday, August 28, 2010
Sunday, August 22, 2010
Detik pemergianmu...
Saat-saat kewafatan nabi junjungan besar kita, seorang insan yang sangat mulia di muka bumi.
Dapatlah kiranya kita renungkan dan mengambil iktibar betapa Rasulullah sangat mengasihi umatnya hingga ke hujung nyawanya...
Subscribe to:
Posts (Atom)