Jangan tengok je, klik laa...

Friday, September 3, 2010

Cahaya Ramadhan...

Tak sempat akak nak buat n3 pasal menghitung hari.. tak dan nak menghitung dah keluar dulu. Hari ni dah masuk lima hari akak dok dalam pantang. Awal 15 hari dari tarikh jangka. Nasib baik la sempat pegi beli baju raya anak2 malam sebelum tu kalau tak, tak de baju raye lee. Bersalin kali ni alhamdulillah...segalanya dipermudahkan...berkat bulan ramadhan la ni. Pagi 29.8.2010 dalam pukul 10.00 akak tengok dah ada tanda darah dah tapi tak sakit lagi. Masa tu tengah dok bersiap2 nak balik rumah mak akak kat jengka 17. Bertolak dari jengka 13 rumah MIL dalam pukul 11.00 lebih. Sampai kat 17 ade adik2 akak je, mak akak tak sampai lagi dari KLIA. Balik umrah. Dari 13 tu ada la Yanmie bagi bekal batang buruk Sabah yang dia buat satu bekas. Alhamdulillah, bleh la nak merasa kuih raye sebelum raye. Dalam pukul 1 tu dah rasa dah sikit2 konstraksi tapi bleh tahan lagi. Adik2 akak plak yang nampak gelabah. Masa tu akak bukak pose dah. Tengah pulun makan batang buruk sabah tu la. Lambat2 kang tak dapat makan kempunan plak.. dekat setengah balang akak pulun. Adik2 tolong masakkan nasi siap tolong suapkan lagi.. tapi tengah sakit ni tak de la rasa nak makan sangat. Masa tu dah pukul 2 lebih dah. Sakit pun dah makin kerap dah. Akak pegi mandi, siap2 apa yang patut dalam pukul 3.15 kalau tak silap bertolak ke Hospital Temerloh. Sampai dah dekat pukul 4.00 terus masuk bilik untuk nurse periksa apa yang patut. Masa tu dia check dah ada bukaan 4cm. Sakit dah makin kerap dan bertambah2 sakit..dalam pukul 4.30 masuk bilik bersalin. Nurse2 kat situ tengah buat persediaan nak sambut orang baru. Tiba2 masuk la plak 2 orang doktor lelaki...aduhai...bersalin 3 orang sebelum ni tak pernah la lagi ada doktor lelaki. Ada la jugak perasaan malu tapi bila sakit dia sudah mari...lantak laaaaa...nurse tu check lagi sekali bukaan dia dah 5cm..tapi 8 minit selepas itu tepat jam 5.02 minit petang maka lahir la heroku yang ke-empat (bile la nak dapat pompuan plak)....Alhamdulillah...diorang pun terkejut sebab cepat sangat. Berat baby 2.9kg. Bersalin kali ni tak de kena jahit...Alhamdulillah, inilah berkat bulan ramadhan walaupun masa ni cuma dapat tengok je la orang makan sedap2...huhuhu...

Beberapa jam selepas dilahirkan...
  
Muhammad Aidil bin Mohamed Sukhairul
nama diberi...

Olloooooo....bucyuk3...