Jangan tengok je, klik laa...

Tuesday, July 20, 2010

Suamiku melayan kerenah anak...

Ini adalah peristiwa yang berlaku semalam di waktu pagi hari. Selepas suami akak hantar akak ke Klinik Kesihatan Putrajaya Pesint 9 anak akak ajak ayah dia pergi taman permainan nak main buai katanya. Anak akak yang dua orang lagi dah pergi sekolah masing-masing tinggal yang sorang ni je nak kena layan. Sementara nak menunggu akak siap diorang pergilah ke Pusat Kejiranan Putrajaya Presint 9 dekat je dengan klinik kesihatan tu. Nasib baiklah dekat pusat kejiranan tu ada tempat permainan kanak-kanak senang le ceritanya nak melayan kerenah si kecik sorang ni. Ini ada sedikit gambar yang suami akak snap, k layaaaaannn...

Jauh Perjalanan, Selesai Urusan...

Hari ni adalah hari yang meletihkan. Sehari suntuk berjalan dari pagi sampai malam. Banyak betul urusan yang nak disettlekan. Walau macam mana pun alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Bayangkanlah jauh ke tak? Dari Putrajaya sampai ke Jengka pas tu balik semula ke Putrajaya. Letih wooooo.... kesian kat anak-anak. Akak pun bukannya larat sangat nak berjalan jauh-jauh dengan keadaan akak yang sedang berbadan dua ni. Punyalah sibuk hari ni sampaikan tak dapat nak tengok blog. Ingatkan boleh tengok kat Jengka tapi line pulak tak ada dekat sana. Ini pun sampai dah lewat malam boleh la tengok sikit-sikit. Oklah lain kali kita sambung lagi.