Jangan tengok je, klik laa...

Sunday, April 17, 2011

Sejarah April Fool

Ia mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyuol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian.

Penduduk-penduduk Islam di Sepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan umat Islam dari Sepanyol.

Penduduk-penduduk Muslim ini diberitahu bahawa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama barang-barang keperluan dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh di pelabuhan. Orang Muslim yang risau jika tawaran tersebut merupakan satu panipuan telah pergi ke pelabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan.

Setelah berpuas hati, mereka membuat persediaan untuk bertolak. Keesokan harinya (1 April) mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan menuju ke pelabuhan. Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah penduduk-penduduk Islam ini.

Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar. Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum Muslim dan membunuh kesemuanya; lelaki, perempuan serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian.

Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia. Apa yang menyedihkan, masyarakat Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara sesama Islam sendiri.

(Dipetik dari Maruwiah Ahmat, 2003, Sejarah Bani Umayyah di Andalus, Karisma Publication Sdn. Bhd. Shah Alam, halaman 86 - 87)