Jangan tengok je, klik laa...

Monday, April 18, 2011

SYAITAN PUN TERKEJUT

 
  

















 Ada satu cerita. Ada seorang manusia yang bertemu dengan syaitan pada waktu Subuh. Daripada pertemuan itu akhirnya mereka menjadi sahabat. Menjelang waktu Subuh yang berikutnya, syaitan melihat manusia (kawan baru) tidak menunaikan solat, sambil tersenyum, syaitan berkata dalam hati, 'orang ini boleh menjadi sahabat baik aku'.

Begitu juga apabila tiba waktu Zohor. Orang itu masih tidak mengerjakan solat. Syaitan makin tersenyum lebar dan berkata dalam hati, 'rupanya inilah bakal teman sejatiku di akhirat nanti'. Ketika tiba waktu Asar dan sehingga habis waktu, orang itu masih dengan kegiatannya.

Syaitan mula terdiam.....kemudian datang waktu Maghrib, ternyata temannya itu tidak solat juga. Syaitan makin gelisah, tiada lagi senyum menguntum. dari wajahnya nampak bahawa ia seolah-olah sedang mengingati sesuatu. Akhirnya ketika dilihat sahabatnya itu tidak juga mengerjakan solat Isya, syaitan menjadi panik.

Melihat kejadian itu, syaitan tidak dapat menahan diri lagi, dihampiri sahabatnya tadi dengan penuh ketakutan dan berkata, 'wahai sahabat, aku terpaksa memutuskan persahabatan kita'.

Dengan penuh kehairanan manusia itu bertanya, 'kenapa engkau engkar janji? bukankah dulu, engkau ingin menjadi sahabat aku,' syaitan menjawab dengan gementar 'nenek moyangku dulu hanya sekali sahaja membangkang perintah-Nya, iaitu menolak untuk sujud kepada Adam, telah dilaknat-Nya.

Apakah engkau hari ini, telah lima kali membangkang untuk sujud kepada-Nya (sujud kepada Allah), tidak terbayang olehku, bagaimana besarnya murka Allah padamu.

-dikutip dari dakwah2 blogspot.