Jangan tengok je, klik laa...

Sunday, January 16, 2011

Adib tengok cite hantuuu...

Salam semua, ada satu malam tu anak-anak tengah tengok tv. Masa tu akak tak tau pun diorang tengok cite apa. Akak masa tu tengah baca paper dekat le dengan diorang yang tengah tengok tv tu. Akak terpandang le si Adib anak akak yang sorang ni tertutup-tutup muka dia, ingatkan pasal apa rupa-rupanya takot tengok cerita hantu kat tv. Takut tu takut tapi nak tengok jugek, nak tukar cerita lain tak bagi dia nak tengok jgek cerita tu. Ni la rope budak takut tapi mau...

video

Sunday, January 2, 2011

Selamat masuk ke alam persekolahan anak ibu...

Jumaat baru2 ni 31 Dis masuklah ke sekolah sorang lagi anak ibu. Sekejap je dah beso, tup...tup...tup dah darjah satu dah. Lepas ni harap-harapnye Akmal akan bersemangat le untuk belajar di sekolah, tak boleh dah la nak malas-malas. Kena la rajin baca buku supaya cepat pandai. Sorang lagi anak ibu tu pun tumpang sibok jgek, semangat die pn lebih daripada abang yg nak sekolah. Awal-awal lagi dah tanye baju sekolah die mana nak cari puas pujuk baru nak pakai baju lain, nasib baik beg sekolah ada beli hari tuuu. Hmmm... mintak-mintak le yg sorang ni bile dah sampai masa dia sekolah nanti bersemangat cmni jgek...






Saturday, January 1, 2011

Selamat tahun baru 2011


Sedar tak sedar dah bertukar tahun dah kan. Maknanya dah semakin bertambah la umoqnya..hehee makin muda la tu. Makin bertambah ragam anak2..makin besar la katakan.. harap2nya makin mendengar kata la ye.. Semoga tahun baru ni kehidupan makin bertambah senang..murah rezeki hendaknya. Amiiiinn...