Jangan tengok je, klik laa...

Friday, July 30, 2010

Apa dah jadi dengan artis sekarang ni.

Masa tengah bahagia
Hmmm, apa dah jadi dengan artis sekarang ni. Kahwin sekejap bercerai. Yang terbaru ni Maya Karin Roelcke. Walaupun mempunyai pakej yang menarik dan cukup lengkap tetapi masih tak dapat nak menjamin kebahagiaan hubungan di dalam berumah tangga. Nak kata tak cantik mustahil la plak, nak kata x dak duit pun mustahil la jugak. Kira ok la kan. Bekas suami dia tu pun hensyem jugak apa (memang hensyem pun). Apa yang akak nak cita kat sini bukannya nak memburukkan mana-mana pihak cuma nak menterjemahkan rasa tak paham akak ni dengan trend artis-artis ni asal kahwin je mesti tak lamanya. Bukan Maya Karin sorang je, dulu-dulu si Erra dengan Yusri tu pun lebih kurang sama jugak la. Bukan la semuakan ada la yang ok kekal sampai ke hujung nyawa alhamdulillah. Tapi korang rasa la kan, kenapa jadi macam tu ek? Bukan apa bila keluar berita-berita artis tu bercerai artis ni bercerai ianya akan mencerminkan pada sisi yang negatif bagi sesebuah perkahwinan terutama yang melibatkan artis. Dan yang lebih malang lagi jika artis tu beragama Islam. Ye la nanti bila artis lain nak kahwin contohnya orang ramai mesti akan kata "Ah! mesti tak lamanyaaa..., tak kemananya..." Seolah-olah orang dah boleh agak dan ini menunjukkan imej yang tak elok. Padahal perkahwinan tu merupakan satu ibadah yang sangat besar pahalanya dan sangat dituntut (waaah ustazah la plak). Ye la memang la tuhan yang tentukan qada dan qadar tapi tuhan tak jadikan tanpa sebab. Tu la sekarang ni ada yang jadi tak nak kahwin, takut nak kahwin dan macam-macam lagi. Harap-harap kita yang dah berkeluarga ni ambil iktibar je la berdoa jangan jadi artis sudah...

Pic by: misssyida

Bila artis berkahwin...

Hmmm, sian kat artis yang sorang ni, Maya Karin Roelcke. Walaupun mempunyai pakej yang menarik dan cukup lengkap tetapi masih tak mampu nak mengekalkan kebahagiaan hubungan di dalam berumah tangga. Nak kata tak cantik mustahil la plak, nak kata x dak duit pun mustahil la jugak. Kira ok la kan. Bekas suami dia tu pun hensyem jugak apa (memang hensyem pun). Apa yang akak nak cita kat sini bukannya nak memburukkan mana-mana pihak cuma nak menterjemahkan rasa tak paham akak ni dengan trend artis-artis ni asal kahwin je mesti tak lamanya. Bukan Maya Karin sorang je, dulu-dulu si Erra dengan Yusri tu pun lebih kurang sama jugak la. Bukan la semuakan ada la yang ok kekal sampai ke hujung nyawa alhamdulillah. Tapi korang rasa la kan, kenapa jadi macam tu ek? Bukan apa bila keluar berita-berita artis tu bercerai artis ni bercerai ianya akan mencerminkan pada sisi yang negatif bagi sesebuah perkahwinan terutama yang melibatkan artis. Dan yang lebih malang lagi jika artis tu beragama Islam. Ye la nanti bila artis lain nak kahwin contohnya orang ramai mesti akan kata "Ah! mesti tak lamanyaaa..., tak kemananya..." Seolah-olah orang dah boleh agak dan ini menunjukkan imej yang tak elok. Padahal perkahwinan tu merupakan satu ibadah yang sangat besar pahalnya dan sangat dituntut (waaah ustazah la plak). Tu la sekarang ni ada yang jadi tak nak kahwin, takut nak kahwin dan macam-macam lagi. Harap-harap kita yang dah berkeluarga ni ambil iktibar je la berdoa jangan jadi artis sudah...


Pic by: misssyida

Thursday, July 29, 2010

Rinduuu kt 'hubby'...

Hari ni akak boring skit pasal suami tak de pegi outstesen. Biasanya kalu dia ada senang sikit nak buat blog ni pasal dia yang banyak tolong buatkan. Macam masukkan gambar ke? Almaklumlah akak ni baru sesangat dalam bab blog memblog ni campur tak berapa nak celik IT lagi. Walaupun suami akak pun tak berapa nak tau tapi dia kira boleh le kalu nak dibandingkan dengan akak. Tapi akak akan berusaha untuk belajar sampai dapat. Yele korang pun boleh buat takkan akak tak boleh buat ye tak? Chaiyoook...

Hureeeeeey!!!...berjaya boh gambar ni

Puasa datang lagi...

Pejam celik pejam celik tak lama lagi dah nak puasa. Hmmm...tak sabar rasanya. Tahun ni akak tak dapat nak puasa penuh walaupun tahun sebelum-sebelum ni pun memang tak penahnya penuh. Almaklum je la.... orang pompuan la katakan...tapi tahun ni disebabkan ada orang baru nak keluar tengok dunia ciptaan yang Maha Esa. Semoga segalanya dipermudahkanlah hendaknya. Berbalik semula pasal nak puasa ni..masa ni la kalau nak tengok macam-macam jenis kuih yang jarang-jarang boleh tengok dan rasa akan timbul. Macam-macam ada, sediakan ongkosnya aje.. Teringat masa kecik-kecik dulu, nak bangun sahur satu hal nak berbuka satu hal. Dulu-dulu bila berpuasa tu rasa lama je nak sampai ke waktu berbuka. Sementara nak berbuka tu melepek je. Lambatnya la nak azan. Masa tu rasa macam tak cukup apa yang ada kat depan mata, punya la lapar. Tapi sekarang ni masa tu rasa macam cepat je. Sedar tak sedar dah nak masuk waktu berbuka. Jadinya jangan la nak ponteng-ponteng puasa kalau tak ada sebab yang munasabah. Jangan puasa yang yok tau...tak baik. Selamat berpuasa untuk seme...

Kalu ikot nafsuuu...

Tuesday, July 27, 2010

Pak Sudin makin pulih

Masih ingatkah lagi kita kepada sorang pelakon veteran yang cukup terkenal ni? Beliau merupakan rakan artis yang seangkatan dengan seniman tersohor negara Tan Sri P. Ramli dan Datuk Aziz Satar. Beliau ialah Pak Sudin atau pun dikenali juga dengan panggilan S. Shamsuddin. Menurut ceritanya Pak Sudin ni sekarang sedang sakit akibat dari kejadian terjatuh beberapa bulan lepas. Akibat dari peristiwa tersebut Pak Sudin kena menjalani pembedahan di bahagian pinggul. Pak Sudin juga menerima rawatan fisioterapi bagi membolehkan beliau boleh berjalan seperti biasa. Dulu ada juga desas desus yang mengatakan Pak Sudin ni dah arwah ish...ish...ish... sampai hati. Almaklumlah Pak Sudin ni dah tak macam dulu ceria dan suka melawak. Dia punya lawak memang tak seropa dengan lawak zaman sekarang. Senang cita "ori" punya lawak, memang tak termasuk dalam kategori lawak bodoh. Zaman sekarang ni memang susah nak cari pelawak macam diorang tu. Alhamdulillah sekarang ni Pak Sudin dah semakin pulih dah boleh berjalan, selera pun ok. Hmmm... marilah kita sama-sama berdoa semoga Pak Sudin kembali sihat, ceria seperti biasa.

Wahid Satay dan Pak Sudin

Monday, July 26, 2010

Apa sudah jadi Yassin x Senario?


Apa sudah jadi dengan si pelawak sorang ni? Tak insaf-insaf lagi ke? Dah le beberapa tahun dulu kantoi akibat perkara yang sama la ni pun kantoi lagi. Akak pun tak paham kenapa le dia cari jalan yang serong macam tu. Macam dah tak de benda lain untuk berseronok-seronok, benda haram tu jugek yang dicari. Padahal dia ni merupakan seorang pelakon dan pelawak yang sangat berpotensi. Lawak dia pun boleh tahan la jugek berbanding dengan beberapa pelawak yang lain. Walaupun lawak dia dalam kategori lawak bodoh la jugak tapi pada akak masih boleh diterima la.


Tu la kadang-kadang dunia artis ni banyak yang hipokrit je, tu yang nampak je kalu yang tak nampak cmne? Apabila seseorang tu tidak serik-serik melakukan perkara yang sama maka boleh le kita kategorikan dia sebagai tegar dan bila dah dalam kategori tu maka susahlah nak kata. Buat cmne pun tak guna, melainkan diri dia sendiri je yang nak berubah. Bila kita selalu tengok dan belek-belek dalam paper benda yang macam ni dah menjadi semacam kebiasaan dalam dunia mereka sebagai artis. Mabuk, khalwat, dadah dan macam lagilah. Dulu akak pernah terbaca ada artis nasyid mabuk tak bagitau pulak sapa, hmmm tak tau laaa. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.

Sunday, July 25, 2010

Rumah pohon hampir tak terlihat?

Pernah dengar tak tentang orang buat rumah yang tak nampak dek pandangan mata? Maksudnya rumah tu wujud tapi tak nampak. Ni masa akak tengah menggoogle tadi ada le ternampak satu cite ni. Rumah pohon hampir tak terlihat yang akan dibina di Sweden oleh Tham & Videgard. Rumah pohon yang hampir tak terlihat ini adalah rumah yang dinding luarannya diperbuat daripada cermin kaca.

Rumah ni macam tergantung...
Apabila dilihat ia akan memantulkan semula pemandangan sekeliling seolah-olah kita melihat pemandangan semulajadi. Semuanya akan mencerminkan pemandangan pokok-pokok, burung-burung, awan, matahari, semuanya. Jadi ianya akan kelihatan hampir di hutan. Kalau tak caye tengok-tengok le gambar tuu...

Akan membiaskan pemandangan sekeliling.

Saturday, July 24, 2010

Azrinaz masih tinggal di istana Brunei

Ni akak ada terbaca dalam Berita Harian mengenai seorang bekas pengacara TV3 yang sorang ni. Tup-tup dengar hari tu dah bercerai angin tak de ribut pun tak de. Ni pulak dalam paper (Berita Harian la) kata dia tak boleh keluar dari Brunei dalam masa sepanjang tempoh idah, hmmm... macam-macam. Lepas tu kata nak menetap kat luar negara plak samada di London atau Australia. Hmmm...akak rasa, kalau setakat tempat tinggal kat ceruk mana dunia ni dia boleh tinggal almaklum le duit banyak. Tapi walaupun banyak duit masih tak mampu untuk mengekalkan kebahagiaan hingga ke akhir hayat.

 

Sultan Brunei, 63, diijabkabulkan dengan Azrinaz, 31, pada 20 Ogos 2005 dalam satu majlis tertutup di ibu kota. Pasangan itu bercerai talak satu pada bulan lepas. Selain Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah, hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang putera, Pengiran Muda Abdul Wakeel, 4. Sian anak-anak.


Itulah qada' dan qadar yang tuhan telah tentukan untuk setiap manusia di muka bumi ni. Apa yang akak harapkan semoga hubungan keluarga akak aman sentosa walaupun kitorang ni tak dak le kaya cam diorang tu (kadang-kadang terpikir juga tak nak ke diorang nak bagi kat akak ni sikit, sejuta jadi le)...

Sumber: Berita Harian

Sakit tekak la pulak...

Aduussss....peritnye tekakkuu.... masuk hari ni dah dua hari sakit tekak. Semalam rasa ok lagi, bangun pagi ni bercakap pun bunyi cam itik nila dah..kejap ada kejap takde. Teringat plak kat arwah tok, dia kalau batuk ja mesti mintak ubat dia..." Wat ayaq kicap kat ku kit " maksudnya buat air kicap kat aku sikit.

 

Tu petua orang dulu-dulu la... perah air limau nipis dalam sudu pun dah cukup lepas tu letak la kicap sikit. Sedap... patut la dia suka sangat tulah tok akak, Al-fatihah untuk arwah. Harapnya cepatlah sembuh tak daya dah nak menahannya faham-faham je lah orang mengandung ni. Sesapa yang ada petua lain sila la kongsikan dengan akak ye...

Pic by: sylvan

Thursday, July 22, 2010

Fakta tentang haiwan

Hari ni akak ada terbaca beberapa fakta yang menarik tentang haiwan dan di sini akak nak berkongsi dengan korang seme...

 
 1: Buaya mempunyai mulut yang besar dan kekuatannya sama dengan 2,500 paun apabila ia membuka mulut. Ini kalau kena ngap, selamat...


 2: Harimau bintang sangat aktif pada waktu malam dan banyak menghabiskan masanya di atas pokok. Jadi sesape yang suka keluar malam tu ingat-ingat leee...


 3: Kelopak mata unta dapat melindungi matanya dari debu dan butiran pasir. Jadi kepada sesapa yang suka pakai maskara tu ini adalah diantara alasan yang logik...


4: Burung unta adalah haiwan berdarah panas dan mampu berlari sehingga 65 kilometer sejam. Hmmm...boleh tahan jugak laju dia...


 5: Gajah mampu mendengar panggilan sejauh 10 kilometer jauhnya. Secara teknikalnya gajah mempunyai sistem wayerless yang bagus...

Wednesday, July 21, 2010

Jemnye hari niii....

Pepagi ni tiba-tiba je hujan turun. Jadi secara automatiknya akak la kena hantar anak pergi sekolah. Tak boleh la bebudak tu nak naik motor macam selalu. Jengok tengok kat jalan..."Mak aiii.... banyaknye kete...." Pukul 7 pagi keluar dari rumah. Dari rumah nak keluar ke jalan pun dah jem. "Hmmmm.... sabo je la ". Akak pun bukannya cekap sangat lagi bawak kereta ni. Hujan pulak tu. Mintak-mintak la selamat pergi dan selamat balik (cam nak pergi jauh je). Banyaknyeeelah kereta hari ni. Bergerak pun macam semut je. Lengoh dah kaki akak tekan klac. Selalunya kalau pergi ambil anak akak balik sekolah dalam 10 minit dah sampai dah (pergi sekolah selalunya ayah diorang yang hantar) hari ni lebih dari setengah jam baru sampai sekolah. Lambat la anak akak masuk sekolah hari ni. Dalam perjalanan balik rumah hantar yang lagi sorang pergi Tadika pulak. Nasib baik la sekolah dia tak jauh dari rumah. Tu pun dah dekat pukul 8 baru sampai sekolah. Walau macam mana pun akak sampai kat rumah dengan selamat..Alhamdulillah.... tinggal la akak dengan si kecik ni....

 Lebih kurang cam ni leee... eeh! yeke?

Pic by: joiseyshowaa

Ole-ole dari Jengka...

Hari Senin hari tu akak dan keluarga sempat balik ke Jengka selepas selesai urusan di PPD Maran, Maklumlah nak uruskan pertukaran anak sekolah. Sampai kat PPD Maran tu pun dah dekat pukul 4, nasib baik le sempat. Bila selesai je urusan kat situ apalagi...balik rumah mak la kat Jengka 17. Balik rumah mak ni la yang bes ni. Selain dapat jumpa mak dengan ayah boleh makan buah. Sekarang ni kan musim buah-buahan ada buah rambutan, durian, buah manggis dan buah kelapa sawit eh...eh...eh...tersyasyul plak. Makan jangan tak makan. Kalau balik pulak lepas ni rasanya telan air liur je la.. yang makan, makan...tapi banyak mana sangat nak makan, paling banyak  pun durian dua biji lepas lah (kesian baby dalam perut, kepanasan). Rambutan sikit, manggis sikit, durian sikit. Yang lebih tu angkut bawak balik Putrajaya laaa..he..he..he...

Ni la anak emak, abang-abang dia yang
lain seme menghilangkan diri..

Ni la nama dia buah manggis...

Ni pulak nama die buah durian...

 Ni nama dia buah moktan...

Tuesday, July 20, 2010

Suamiku melayan kerenah anak...

Ini adalah peristiwa yang berlaku semalam di waktu pagi hari. Selepas suami akak hantar akak ke Klinik Kesihatan Putrajaya Pesint 9 anak akak ajak ayah dia pergi taman permainan nak main buai katanya. Anak akak yang dua orang lagi dah pergi sekolah masing-masing tinggal yang sorang ni je nak kena layan. Sementara nak menunggu akak siap diorang pergilah ke Pusat Kejiranan Putrajaya Presint 9 dekat je dengan klinik kesihatan tu. Nasib baiklah dekat pusat kejiranan tu ada tempat permainan kanak-kanak senang le ceritanya nak melayan kerenah si kecik sorang ni. Ini ada sedikit gambar yang suami akak snap, k layaaaaannn...

Jauh Perjalanan, Selesai Urusan...

Hari ni adalah hari yang meletihkan. Sehari suntuk berjalan dari pagi sampai malam. Banyak betul urusan yang nak disettlekan. Walau macam mana pun alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Bayangkanlah jauh ke tak? Dari Putrajaya sampai ke Jengka pas tu balik semula ke Putrajaya. Letih wooooo.... kesian kat anak-anak. Akak pun bukannya larat sangat nak berjalan jauh-jauh dengan keadaan akak yang sedang berbadan dua ni. Punyalah sibuk hari ni sampaikan tak dapat nak tengok blog. Ingatkan boleh tengok kat Jengka tapi line pulak tak ada dekat sana. Ini pun sampai dah lewat malam boleh la tengok sikit-sikit. Oklah lain kali kita sambung lagi.

Sunday, July 18, 2010

Renungan: Tak Tahu Baca Qunut

Di sini ada satu permasalahan untuk dikongsikan bersama. Cuba kita fikirkan adakah sepatutnya kita menjadi seperti ini? Walaupun nampak kelakar tetapi inilah yang berlaku dalam masyarakat kita sekarang secara realitinya.



Mungkin ada banyak lagi yang berlaku di dalam masyarakat umat Islam kita sekarang ini cuma tidak terdedah sahaja contohnya seperti kes Ariel, Peterpan. Bayangkan sekiranya anak-anak kita membesar dalam keadaan jahil sehinggakan perkara yang penting seperti sembahyang pun tidak tahu apa lagi untuk membaca Al-Quran dan perkara-perkara penting lain yang lebih rumit mengenai agama. Semoga apa yang dipaparkan ini menjadi iktibar kepada kita semua.

Sekian...

I-City, Shah Alam

Baru-baru ni kita kami sekeluarga telah pergi ke I-City, Seksyen 7, Shah Alam. Orang kata macam dekat luar negara? Oklah jugak tempat tu tapi masih tidak siap sepenuhnya lagi. Kalau dah siap nanti mesti lagi gempak. Apa yang menarik di I-City ni ialah cahaya lampu (LED) yang cukup banyak.

Kalau nak masuk kena bayar RM2.00. Apa yang aku dengar ianya dibuka 24 jam. Sememangnya kalau nak datang ke sini waktu malam adalah waktu yang sesuai barulah cahaya yang bergemerlapan dan berwarna-warni akan lebih nampak lebih terserlah dan mempersonakan.

Jika datang pada waktu siang mungkin tidak berapa nampak kesan cahaya lampu tersebut. Cubalah berkunjung ke sana untuk menikmati pemandangan cahaya yang menarik pada waktu malam.

Pelan ke I-City, Shah Alam  http://i-city.my/location.php


Adolf Hitler : Sudut Kisah Yang Jarang Kita Dengar


Apa yang bakal anda baca ini ialah sebuah email yang saya terima dari seorang kawan dari Arab Saudi...saya terjemahkan ke dalam Bahasa Melayu dan saya kongsi bersama anda semua...

Penghormatanku kepada lelaki agung, Adolf Hitler, semoga ada sepertinya di zaman ini...


Aku berbual dengan seorang ahli keluarga yang sedang menamatkan tesis PhD beliau dan aku amat terperanjat apabila beliau nyatakan tesis beliau berkaitan Adolf Hitler, pemimpin Nazi. Maka aku katakan "Takkan dah habis semua tokoh Islam di dunia ini sampai kamu memilih si bodoh ini dijadikan tajuk?"

Beliau ketawa lalu bertanya apa yang aku ketahui tentang Hitler.

Aku lalu menjawab bahawa Hitler seorang pembunuh yang membunuh secara berleluasa dan meletakkan German mengatasi segala-galanya...lalu dia bertanya dari mana sumber aku. Aku menjawab sumberku dari TV pastinya.

Lalu dia berkata : " Baiklah, pihak British telah melakukan lebih dahsyat dari itu...pihak Jepun semasa zaman Emperor mereka juga sama...tapi kenapa dunia hanya menghukum Hitler dan meletakkan kesalahan malahan memburukkan nama Nazi seolah-olah Nazi masih wujud hari ini sedangkan mereka melupakan kesalahan pihak British kepada Scotland, pihak Jepun kepada dunia dan pihak Afrika Selatan kepada kaum kulit hitam mereka?"

Aku lantas meminta jawapan dari beliau. Beliau menyambung : "Ada dua sebab -

1. Prinsip Hitler berkaitan Yahudi, Zionisme dan penubuhan negara Israel. Hitler telah melancarkan Holocaust untuk menghapuskan Yahudi kerana beranggapan Yahudi akan menjahanamkan dunia pada suatu hari nanti.

2. Prinsip Hitler berkaitan Islam. Hitler telah belajar sejarah kerajaan terdahulu dan umat yang lampau, dan beliau telah menyatakan bahawa ada tiga tamadun yang terkuat, iaitu Parsi, Rome dan Arab. Ketiga-tiga tamadun ini telah menguasai dunia satu ketika dulu dan Parsi serta Rome telah mengembangkan tamadun mereka hingga hari ini, manakala Arab pula lebih kepada persengketaan sesama mereka sahaja. Beliau melihat ini sebagai satu masalah kerana Arab akan merosakkan Tamadun Islam yang beliau telah lihat begitu hebat satu ketika dulu.

Atas rasa kagum beliau pada Tamadun Islam, beliau telah mencetak risalah berkaitan Islam dan diedarkan kepada tentera Nazi semasa perang, walaupun kepada tentera yang bukan Islam.


Beliau juga telah meberi peluang kepada tentera German yang beragama Islam untuk menunaikan solat ketika masuk waktu di mana jua...bahkan tentera German pernah bersolat di dataran Berlin dan Hitler ketika itu mennggu sehingga mereka tamat solat jemaah untuk menyampaikan ucapan beliau...




Hitler juga sering bertemu dengan para Ulamak dan meminta pendapat mereka serta belajar dari mereka tentang agama dan kisah para sahabat dalam mentadbir...

Hitler bersama Syeikh Amin Al-Husainiy


Beliau juga meminta para Sheikh untuk mendampingi tentera beliau bagi mendoakan mereka yang bukan Islam dan memberi semangat kepada yang beragama Islam untuk membunuh Yahudi...





Seorang tentera Nazi melekatkan gambar Mufti Al-Quds

Semua maklumat ini ialah hasil kajian sejarah yang dilakukan oleh saudara aku untuk tesis PhD beliau dan beliau meminta aku tidak menokok tambah apa-apa supaya tidak menyusahkan beliau untuk membentangkannya nanti. Beliau tidak mahu aku campurkan bahan dari internet kerana aku bukan pakar bidang sejarah. Tetapi gambar-gambar yang ada di sini sudah lama tersebar dan semua orang boleh melihatnya di internet.

Aku juga sedaya upaya mencari maklumat tambahan di internet dan berjumpa beberapa perkara :

1: Pengaruh Al-Quran di dalam ucapan Hitler.
Ketika tentera Nazi tiba di Moscow, Hitler berhajat menyampaikan ucapan. Dia memerintahkan penasihat-penasihatnya untuk mencari kata-kata pembukaan yang hebat tak kira dari kitab agama, kata-kata ahli falsafah ataupun dari bait syair. Seorang sasterawan Iraq yang bermastautin di German mencadangkan ayat Al-Quran :

(اقتربت الساعة وانشق القمر) bermaksud : Telah hampir Hari Kiamat dan bulan akan terbelah...

Hitler berasa kagum dengan ayat ini dan menggunakannya sebagai kalam pembukaan dan isi kandungan ucapan beliau. Memang para ahli tafsir menghuraikan bahawa ayat tersebut bermaksud kehebatan, kekuatan dan memberi maksud yang mendalam.

Perkara ini dinyatakan oleh Hitler di dalam buku beliau Mein Kampf yang ditulis di dalam penjara bahawa banyak aspek tindakan beliau berdasarkan ayat Al-Quran, khususnya yang berkaitan tindakan beliau ke atas Yahudi...

2. Hitler bersumpah dengan nama Allah yang Maha Besar

Hitler telah memasukkan sumpah dengan nama Allah yang Maha Besar di dalam ikrar ketua tenteranya yang akan tamat belajar di akademi tentera German.

" Aku bersumpah dengan nama Allah (Tuhan) yang Maha Besar dan ini ialah sumpah suci ku,bahawa aku akan mentaati semua perintah ketua tentera German dan pemimpinnya Adolf Hitler, pemimpin bersenjata tertinggi, bahawa aku akan sentiasa bersedia untuk berkorban dengan nyawaku pada bila-bila waktu demi pemimpin ku"

3. Hitler telah enggan meminum beer (arak) pada ketika beliau gementar semasa keadaan German yang agak goyah dan bermasalah. Ketika itu para doktor mencadangkan beliau minum beer sebagai ubat dan beliau enggan, sambil mangatakan " Bagaimana anda ingin suruh seseorang itu minum arak untuk tujuan perubatan sedangkan beliau tidak pernah seumur hidupnya menyentuh arak?"

Ya, Hitler tidak pernah menjamah arak sepanjang hayat beliau...minuman kebiasaan beliau ialah teh menggunakan uncang khas...

Bukanlah tujuan penulisan ini untuk membela apa yang dilakukan oleh Hitler, tetapi ianya bertujuan untuk menyingkap apa yang disembunyikan oleh pihak Barat. Semoga kita semua beroleh manfaat.


Penulis adalah saudara Azhar Abdullah...
 
 
Cuba kita renungkan daripada adakah kita semua ini telah ditipu selama ini. Renung-renungkanlah, sesungguhnya agenda barat itu sangat besar iaitu untuk mengawal dunia mengikut telunjuk mereka.

Mak Ngah Baru Nak Belajar

Sekarang ni Mak Ngah baru nak belajar menjadi "Blogger". Kena banyak berguru dengan tok guru a.k.a sifu. Nantilah bila-bila masa Aiman free ajaklah ibu dan ayah datang kat Putrajaya ni. Tentu abang Amir, abang Akmal dan adik Adib suka. Kalau nak naik motor Tok Wan kena la ajak Tok Wan sekali. Rumah Mak Ngah jauh tau, kalau naik motor Tok Wan tu tak tau la bila boleh sampai.


Nanti ibu dah pandai bawak kereta boleh la ajak ibu datang sini. Tapi Aiman jangan tido bila ibu bawak bahaya, pasal orang baru dapat lesen ni lain macam sikit dia punya bawak. Macam Mak Ngah dulu la kalau naik dengan Pak Ngah mesti kena marah pasal lain macam tu la hahaha...

Selamat berblog buat MakNgah


Salam makngah, nie aiman rasmi dulu blog makngah yea, semalam ibu buat blog nie senang sangat sebabnya line beruk celcom ibu tak berapa nak bagi kerjasama tu yang asyik tertangguh aje, pagi nie ok pulak beruk celcom ibu nie gedik2. so layan gambar aiman ngan adik kat atas motor tokwan :)


Oklah makngah, selamat berblog yea..jangan lupa jenjalan ke blog ibu yea, kimsalam dengan abang2 kami disana.

Psstt!! tetiba pulak aiman pandai mengarang kt blog nie...ehehe