Jangan tengok je, klik laa...

Wednesday, August 4, 2010

Mi Bandung..

Selepas beberapa bulan, Shaari mengadakan hubungan sulit dengan orang gajinya, Ratna didapati hamil. Shaari tidak mahu rumahtangganya hancur. Dia menghantar Ratna balik ke Bandung melahirkan anak mereka di sana. Shaari berjanji akan menanggung segala kos untuk anak tersebut hinggalah berusia 18 tahun. Supaya rahsia mereka tidak terbongkar,Shaari menyuruh Ratna menghantar sekeping poskadmenulis perkataan 'Mi Bandung' setelag bayi mereka lahir nanti.Poskad itu bagi memaklumkan Shaari supaya menghantar segala urusan perbelanjaan untuk anaknya.Suatu hari setelah 9 bulan berlalu, semasa Shaari pulang dari kerja, isterinya Salina menegur dengan muka mencuka, "Bang... abang dapat poskad peliklah hari ni," beritahu Salina berkarut-kerut. "Oh, tak pe... bagi poskad tu kat abang. Nanti abang check dulu, apa ke benda yang pelik tu!" kata Shaari. Salina pun memberi poskad itu kepada suaminya. Shaari terus membaca poskad tersebut. Serta-merta wajahnya bertukar jadi biru, ungu, dan terus pengsan! Poskad itu berbunyi: "Mi Bandung, Mi Bandung, Mi Bangdung, Mi Bandung -dua ada telur, dua tiada telur. Tolong hantarkan kuah lebih ya!"