Jangan tengok je, klik laa...

Monday, July 26, 2010

Apa sudah jadi Yassin x Senario?


Apa sudah jadi dengan si pelawak sorang ni? Tak insaf-insaf lagi ke? Dah le beberapa tahun dulu kantoi akibat perkara yang sama la ni pun kantoi lagi. Akak pun tak paham kenapa le dia cari jalan yang serong macam tu. Macam dah tak de benda lain untuk berseronok-seronok, benda haram tu jugek yang dicari. Padahal dia ni merupakan seorang pelakon dan pelawak yang sangat berpotensi. Lawak dia pun boleh tahan la jugek berbanding dengan beberapa pelawak yang lain. Walaupun lawak dia dalam kategori lawak bodoh la jugak tapi pada akak masih boleh diterima la.


Tu la kadang-kadang dunia artis ni banyak yang hipokrit je, tu yang nampak je kalu yang tak nampak cmne? Apabila seseorang tu tidak serik-serik melakukan perkara yang sama maka boleh le kita kategorikan dia sebagai tegar dan bila dah dalam kategori tu maka susahlah nak kata. Buat cmne pun tak guna, melainkan diri dia sendiri je yang nak berubah. Bila kita selalu tengok dan belek-belek dalam paper benda yang macam ni dah menjadi semacam kebiasaan dalam dunia mereka sebagai artis. Mabuk, khalwat, dadah dan macam lagilah. Dulu akak pernah terbaca ada artis nasyid mabuk tak bagitau pulak sapa, hmmm tak tau laaa. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.