Jangan tengok je, klik laa...

Sunday, August 29, 2010

Ronda-ronda kat Temerloh...

Semalam pegi ronda-ronda dekat pekan Temerloh dalam pukul 9.00pm. Pegi dengan suami dan anak-anak. Peeeeerggghhh... punya leee ramai orang, nak paking pun susah. Memang crowded gileee. Tapi nak buat camnekan dah memang adat kalu dekat-dekat nak raya ni memang macam tu la tradisinya. Ramai orang berniaga gile-gilenya dan ramai jugek orang yang membeli belah gile-gilenye. Saje je ronda-ronda cari baju melayu anak disamping tu nak tengok jugek gelagat orang-orang Temerloh yang sekali sekala dapat tengok (bile balik kampung je) seronok jugak dia ada satu macam happening. Pasal keadaan ni jarang-jarang berlaku hanya ada pada masa-masa tertentu contohnya masa ni la, nak rayeee. Masa ni la mana-mana kedai yang biasa tutup pukul 9 ~ 10 akan tutup pukul 12.00. Hubby ku memang x suka sangat kalu crowded-crowded ni, nasib baiklah pusing sekali lagi ada paking kosong kalu tak memang dia ajak baliknyeee. Hmmm... tu la dia, kat tempat korang macam mane plak ekkk? same jugak ke? lebih kurang je kot...

Saturday, August 28, 2010

Menghitung hari...

Sunday, August 22, 2010

detik pemergianmu...

detik pemergianmu...

Detik pemergianmu...

Saat-saat kewafatan nabi junjungan besar kita, seorang insan yang sangat mulia di muka bumi.
Dapatlah kiranya kita renungkan dan mengambil iktibar betapa Rasulullah sangat mengasihi umatnya hingga ke hujung nyawanya...



Tuesday, August 17, 2010

Mati kutu dibuatnye...

Hmmm...anak akak yang sulung tu tak sihat lagi la...tak nak makan. Susah hatinye la..yang tadika tu Alhamdulillah dah boleh main ngan kecik dan dah ceria berpuasa. Masalahnya ngan yang sorang lagi ni la. Hari ahad hari tu punye la nak bagi dia ada selera, tanya nak makan apa nanti ibu buatkan...pas tu teringat la dia suka makan kuih lompat tikam, tanye la "kalau ibu buat kuih lompat tikam abang nak tak?" "nak..nak" dengan muke teruja dia jawab. Berbunga rasa di hati ini...pagi-pagi lagi dah godek-godek kat dapur buat lompat tikam. Lambat-lambat kang tak sempat keras plak, anakku nak makan nanti. Petang tu masak la lauk untuk berbuka serba sikit. Buat masak tempoyak ikan patin, kangkung goreng belacan, goreng ayam sikit.

Kuih Lompat Tikam
Tempoyak Ikan Patin
Kangkung Goreng Belacan

Ayam tu memang feberet dia la. Mintak-mintak la dia terliur bila tengok ada ayam goreng terhidang kat atas meja tu nanti. Tunggu punya tunggu maka masuk la waktu berbuka...nak tau apa yang terjadi????? dia suap dua mulut terus tolak tepi tak mau dah. "Laaaa...awat tak makan, tadi kata nak makan lompat tikam?" "Abang tak nak dah la..." "Ok la tak nak makan kuih tak pe, makan la nasi sikit. ibu dah goreng ayam kat abang..." tau apa dia kata? "Abang tak suke la makan ayam" Toing..toing...jawapan yang sangat lari dari hakikat yang sebenarnya.

Ayam Goreng

Hmmm...ni la penangan kalau tak sihat. Semenye tak suke. Sebab tu la orang kata makan la sementara ada selera jangan tahan-tahan. Sabo je la...Esoknya akak nak pegi klinik chek perut bleh la bawak dia sekali.. Ponteng la sekolah semalam. Jumpa doktor pas tu kena ambil darah takut kena denggi. Adus...bahaya ni. Rasa menyesal la pulak tak pegi jumpa doktor awal-awal. Dok bagi ubat demam kat rumah je. Tunggu punya tunggu... Alhamdulillah... syukur ke hadrat Ilahi... tak de apa-apa. Dapat la MC dua hari.Hari ni pun tak pegi sekolah lagi dan doktor kata tak payah pose la sebab kena makan ubat. Semoga cepat-cepat la sihat dan boleh makan banyak cam sebelum demam... Amiiiiiiin...

Monday, August 16, 2010

10 fakta menarik...


Alhamdulillah kita hari ni dah masuk hari yang ke 6 (btol ke?) kita berpuasa. Semoga kita selamat dan berkesempatan untuk sampai ke akhir Ramadhan, aaamiiiiin... Hari ni plak akak seharian bengkek dengan broadband ni, punyalah susah nak berinternet (berblog) asyik meragam jeee. Sekarang ni pn macam tu jugek tapi akak sempat le jugek belek2 internet. Ni akak ada beberapa fakta yang menarik untuk dikongsikan bersama dengan korang semua yang mungkin x terfikir oleh kita semua.

1) Secara purata wayar elektrik untuk sebuah kereta adalah sepanjang 914.4 meter.
2) Seorang manusia ketawa sebanyak 15 kali sehari (jangan ketawa banyak2 sangat, gelap hati).
3) Seorang manusia memerlukan 800 gelen air sepanjang hidup mereka.
4) Tahukah kita bahawa otak manusia mempunyai 100 billion sel saraf (subhanallah).
5) Purata seorang manusia mengambil kira-kira 61 kg gula setahun (kat Malaysia lebih kot).
6) Cleopatra boleh berbahasa Greek, Latin, Hebrew, Aramaic dan Parsi.
7) Cengkerik gergasi Afrika suka memakan rambut manusia.
8) Bulan yang mengelilingi planet Jupiter merupakan bulan yang paling laju di dalam sistem solar kita. Hanya mengambil masa 7 jam untuk satu pusingan dengan kelajuan 113,273.6 kmj.
9) Kita bertutur sebanyak 31,500 patah perkataan sehari (suami akak kurang kot).
10) Purata seorang wanita menggunakan lipstik sebanyak 3 kg sepanjang hayatnya (tak termasuk akak).

Saturday, August 14, 2010

Dah 4 hari pose...


Masuk hari ni dah 4 hari umat islam berpuasa. Kejap je.. pejam celik pejam celik dah 4 hari posa pejam celik lagi tau2 dah nak abis posa.  Anak-anak akak yang dua orang tu demam plak tapi posa tetap posa. Yang sulung tu sian gak tengok.. garing badan...panas. Nak suruh ponteng sekolah tak bleh sebab tengah pekse. Nak buat camana.. sabaq ja la abang... yang nombor dua tu demam sikit-sikit tapi batuk la pulak...baru nak belajar pose. Hari mula-mula tu ada gak la tersyasyul makan ceklat. Adik yang kecik tu makan, dia pun makan sama. "Kata posa?" "Eh, lupe la..." buang la balik ceklat tu. Kira ok la kan. Kita yang dah lama posa ni pun kadang-kadang terlupa gak. Yang no 2 tu dari balik tadika sampai dekat nak berbuka keja dia tido ja. Bangun bila suruh sembahyang, habis sembahyang atas sejadah tu jugak dia terlentang. Masa berbuka pun tak de selera nak makan. Sabaq la anak-anak, sementara nak biasa.. semoga anak-anak ibu cepat sembuh... berbanyakkan bersabar...

Maluuu konon tapi pose...

Ni pose sangat...

Ni komfem tak poseee...

Sunday, August 8, 2010

Xsesais otak

Ni akak ada satu teka-teki.

Kat dalam dunia ni la kan...
dalam banyak-banyak pekerjaan...
apakah pekerjaan yang paaaaaling kejam?

Macam ni kejam ke?...

Huuu...kejam jugak ke?...
Kalu macam ni?...
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
Jawapannye jawab le dulu,
dah serender baru akak bgtau?... :-)


Jawapannye:-

Keje jadi "Tok Bilal"

sebabnye, bila nak azan mesti dia 'paling ke jam' nak tengok waktu dah masuk ke belom.....
Rileeeeeeeeeekss....

Saturday, August 7, 2010

Sakit hati dengan "berokband"

Patutla si Yanmie kate "berokband" akak ingatkan amendenye rupanya inilah hakikat kebenaran sebuah kehidupan. Kalu tau hari tu memang tak amiknya "berokband" ni, buat sakit hati je. Lebih baik yang bukan "berokband" walaupun bukan portable tapi senang hati. So kat sini akak nak minta maaf le kawan-kawan sekelian pasal tak sempat nak balas kunjungan rakan-rakan sekelian. Akak sangat-sangat menghargai kunjungan anda semua tapi "berokband" ni memang hampeh btol. Di sebabkan "berokband" ni lah akak tension sesangat tak dapat nak membalas kunjungan anda seme. Tapi tak pe akak akan berusaha untuk membalas balik kunjungan seme. Dalam iklan bukan main dia punya claim hebat sangat konon realitynya hampeh. Tak payahlah suruh hubby akak letak gambar kat sini, paham-paham sudah...

Thursday, August 5, 2010

KISAH BENAR PENGAKUAN BEKAS PADERI KRISTIAN. TOLONG SEBARKAN JIKA ANDA PRIHATIN PADA AGAMA ISLAM KITA!!!!!

Cuba kita renungkan bersama dan ambil sebarang langkah yang perlu sebagai umat Islam. Cerita ni aka amik dalam facebook...

Nama saya Salleh Bin Omar, nama Kristian Joseph.

Saya dilahirkan di Kedah pada 5/5/1940, bapa saya seorang India Muslim dan mak saya orang Banting, Selangor. Bapa saya telah pulang ke India dan emak saya berada di Kedah,Pondok Kg Pisang. Pada 1970 saya telah pergi ke Johor Bahru untuk mencari kerja bersama-sama kawan-kawantetapi gagal. Saya terpaksa tidur di stesen keretapi. Saya telah bertemu dengan seorang paderi bernama Father Chong. Kami diberi layanan istimewa,tempat tinggal, makan dan minum dan tinggal selama 2 tahun. Kami diajar sembahyang dalam bahasa Inggeris. Pada satu hari iaitu dalam tahun 1974, saya telah bertemu dengan seorang paderi besar di Malaysia, dari Kuala Lumpur bernama Kamaruddin Hj Ahmad. Beliau telah membawa saya tinggal diseksyen 14, Jalan Gasing, Petaling Jaya. Kami belajar selok belok agama Kristian di Gereja Jalan Gasing dan dibina khas! untuk orang Melayu beragama Islam (ada hingga sekarang).Setelah satu tahun saya tinggal disana, saya telah dihantar ke Indonesia selama 6 bulan, belajar cara-cara untuk sembahyang orang mati, talkinkan orang dan macam-macam lagi dalamBahasa Malaysia.

Saya belajar sekali dengan Ibu Tien Suharto yang menjadi pemimpin agong Wanita Kristian seluruh Asia dan Bendahari Agong wanita Kristian seluruh Indonesia. Saya pulang ke Malaysia, kemudian dilantik sebagai pendakwah dari Perlis hingga ke Johor Bahru. Oleh kerana saya aktif di gereja, saya dihantar pula ke Filipina selama 1 bulan, belajar selok belok Kristian dalam bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia kerana terdapat orang Malaysia, Singapura dan orang Filipina.

Kemudian saya balik ke Malaysia sebagai pendakwah dibayar RM60.00 sehari, kenderaan percuma, seramai 6 orang. Selepas itu dihantar ke Singapura selama 1 bulan di Port Carzy bersama En Aziz orang Telok Intan. Beliau adalah Setiausha Agong Persatuan Melayu Kristian Singapura. Beliau juga adalah bekas Tentera Udara Di Raja dan berhenti memegang jawatan setiausha agong Kristian Singapore. Apabila dilantik ke gereja saya masih lagi ketua dakwah bersama 6 orang kawan.

Saya dihantar ke Baptish Church di Ipoh, dibekalkan duit RM1,400.00, bersama 2 orang kawan dan sebuah kereta untuk mengkristiankan pelajar-pelajar dan pemuda-pemuda Negeri Perak.... Pada bulan Januari saya berasa tak tenteram dan telah bertemu dengan Tuan Ibrahim, Kadi daerah Ipoh dan membawa saya bertemu Mufti Negeri Perak dan En Azlan, Pengarah Jabatan Agama dan saya terus bertaubat.

Jumlah Kristian seramai 3,000 orang telah dikristiankan, terutama penduduk Negeri Perak dan Johor Bahru, Manjoi dan Rapat Setia (Perak). Cara hendak mengenali mereka Lelaki - Berseluar hitam, berbaju putih, bertali leher hitam, bawa beg James Bond (elaun satu hari RM60.00 ). Perempuan - Berbaju putih skirt hitam dan reben hitam. Di Kuala Lumpur - Daya Bumi, Kota Raya dan Sg Wang Plaza.

Cara-cara berdakwah:
Mereka akan menemubual, tanya asal terutama pencari kerja. Pendakwah akan belanja makan apa saja, mempelawa tempat tinggal(asrama 120 katil, makan disediakan) didakwah dengan kaset, cara perlahan-lahan diajak sembahyang dengan diberi satu cross selepas dibawa sembahyang akan diberi sejenis air hitam (holy water). Setelah diberi minum 1 minggu lidah menjadi hitam, tidak boleh mengucap dan mendengar azan macam menutup telinga hal dakwah Islam tidak mahu. Air itu khusus untuk orang Islam sahaja. Kewangan gereja RM12.6 juta, sumber dari Sabah, Sarawak ,Filipina dan Singapura.

Motorola adalah penyokong dakwah Kristian ini (terletak di Petaling jaya, Pulau Pinang dan Senawang). Senawang terlibat seramai 200 orang, ketua di Senawang, Haji Hanapi Saat dan Hj Ismail orang Sungai Petani Kedah. Haji Hanapi bekas guru - akibat desakan hidup terpengaruh dengan Kristian. Sekolah yang paling teruk dilanda Kristian ialah Victoria Institution. Pengetuanya En Ismail Rahim. 20 orang telah Kristian - susah untuk diberi nasihat kerana kebanyakannya anak menteri dan datuk-datuk.

Di Ipoh
Sekolah Tengku Abd Rahman (STAR)- 2 orang Sekolah teknik seorang pelajar perempuan (bersalib) telah bertaubat, bila saya tanya, katanya untuk main-main saja, akhirnya dia bertaubat. Banting Kamariah bt Sidek - lepasan sekolah ditarik oleh seorang guru Cina (pendakwah Cina dibayar RM165.00 sehari) En Salleh Omar yang menawarkan cek sebanyak RM10 juta kepada Yusof Noor untuk mengadakan persidangan Kristian sedunia (sebagaimana tersebar di akhbar)1982.

Salasiah bt Sidek- Sekolah Tengku Khursiah, Seremban balik ke Nibong Tebal, accident motor, didalam tudungnya ada salib. Punca terjebak dalam Kristian:

1. Desakan hidup
2.. Kurang agama

Beliau telah dapat menarik semula 300-400 orang kepada Kristian. Beliau sekarang bekerja dengan Badan Kebajikan Islam Perak. Beliau mendedahkan juga matlamat 1990 untuk menawan satu Malaysia/Brunei kepada Kristian. Padri Besar di Malaysia ialah Kamaruddin Hj Ahmad. Pairin Ketingan adalah penaungnya dan saya sebagai timbalan padri itu. Beliau telah dihantar ke Melaka (masjid paling banyak). Beliau pergi setiap masjid bertanya imam dan bilal untuk membuat kajian mengapa umat Islam malas ke masjid. Selepas
mesyuarat 3 hari saya hantar 6 orang pendakwah, tidak sampai sebulan 400 orang telah masuk Kristian di Melaka.

Target Kristian: Pemuda yang tidak faham agama, ada yang tidak tahu Fatihah dan dengan rock-pameran di kapal-kapal. Cara untuk masuk Kristian, mereka perlu gambar 2 keping dan duit setem $7.00 pergi ke mahkamah di Selangor, Kedah, Kuala Lumpur angkat sumpah. Nama dalam kad pengenalan tidak ditukar
(sukar nak dikesan)

Beliau beri penerangan kepada
1. Polis Bukit Aman,
2. Pusat Islam (untukmenyedarkan umat Islam)

Bila dibaca kitab tidak akan terpengaruh dengan Kristian ini. Seorang bekas padri Abd Rahman Yaakob (Pengarah Anti Dadah,Batu Gajah) pernah menjadi padri selama 23 tahun. En Abd Rahman adalah berdakwah di dalam bahasa Inggeris. Beliau sebagai padri dikenakan 4 syarat

1. Tidak boleh hisap rokok
2. Tidak boleh minum arak
3. Tidak boleh makan benda-benda berdarah
4. Tidak boleh kahwin.

Holy water dibawa dari Indonesia (Ketua padriIndonesia) bapak Bruto yang menyediakan air ini.. Percetakan buku-buku Kristian di Cheras telah disiasat dan mereka ada lesen. Ketua padri Kamaruddin Hj Ahmad. Dalam pada berdakwah Kristian sebanyak 3 negeri tak boleh dimasuk Kristian iaitu Kelantan, Kedah dan Terengganu, mereka pernah dipukul hingga patah tangan.

*PENGUMUMAN - HARAP DISAMPAIKAN! KPD ORANG ISLAM KITA
'Sebarkanlah walausatu ayat pun'

(Sabda Rasulullah SAW) 'Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu** dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.'

(Surah Al-Ahzab:71) demi kebaikan kita bersama untuk suami, isteri, anak-anak, kaum keluarga, saudara- mara, sahabat-handai dan generasi akan datang yang kita sayangi. 'Agungkanlah dan laungkanlah 'Allahhu Akbar'......maha suci Allah.

Sebarkanlah untuk kepentingan Islam... 

Wednesday, August 4, 2010

Mi Bandung..

Selepas beberapa bulan, Shaari mengadakan hubungan sulit dengan orang gajinya, Ratna didapati hamil. Shaari tidak mahu rumahtangganya hancur. Dia menghantar Ratna balik ke Bandung melahirkan anak mereka di sana. Shaari berjanji akan menanggung segala kos untuk anak tersebut hinggalah berusia 18 tahun. Supaya rahsia mereka tidak terbongkar,Shaari menyuruh Ratna menghantar sekeping poskadmenulis perkataan 'Mi Bandung' setelag bayi mereka lahir nanti.Poskad itu bagi memaklumkan Shaari supaya menghantar segala urusan perbelanjaan untuk anaknya.Suatu hari setelah 9 bulan berlalu, semasa Shaari pulang dari kerja, isterinya Salina menegur dengan muka mencuka, "Bang... abang dapat poskad peliklah hari ni," beritahu Salina berkarut-kerut. "Oh, tak pe... bagi poskad tu kat abang. Nanti abang check dulu, apa ke benda yang pelik tu!" kata Shaari. Salina pun memberi poskad itu kepada suaminya. Shaari terus membaca poskad tersebut. Serta-merta wajahnya bertukar jadi biru, ungu, dan terus pengsan! Poskad itu berbunyi: "Mi Bandung, Mi Bandung, Mi Bangdung, Mi Bandung -dua ada telur, dua tiada telur. Tolong hantarkan kuah lebih ya!"

Monday, August 2, 2010

Lagu untuk ibu...

Terharunye.... tak tau la apa angin si kecik hari ni tiba-tiba ja mai feel dia nak menyanyi. Selalu pun memang dia suka menyanyi tapi sendiri-sendiri je, kalau suruh dia tak mau. hari ni siap boleh rakam lagi.. kellassss gitu. Oklah.. tak yah panjang-panjang cite meh kita saksikan nyanyian Si Kecik.... Layaaaan....

Sunday, August 1, 2010

Siapkan baju orang...

Baju orang yang dah siap...
Tak lama lagi nak pose... pas tu beraye la plak kan. Tapi taun ni akak tak dapat la nak beraye cam orang lain...huhuhu...sadisnye tak dapat makan kuih ngan lauk raye. Telan ayaq lioq ja laaaa..huhuhu lagi skali. Apa-apa pun baju orang ada sikit lagi nak kena siapkan sebelum akak masuk ke zon dah tak boleh nak buat apa-apa.. hmmm.. mintak-mintak la sempat siap baju orang, kang tak beraye plak le mereka dan keluarga mereka. Nampak gayanya jugek, baju melayu untuk anak-anak macam tak sempat jugek laaa. Tengok la macam manakan, kalu sempat boleh la buat. Bukan apa sian kat anak-anak walaupun diorang tu pakai je apa yang kita bagi. Baju untuk hubby dah ada, yang tahun lepas tak pakai lagi heh...heh...heh. K lah, selamat berpose seme...

Hubby selamat pulang

Dataran Helang

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi, my lovely hubby selamat pulang ke pangkuan dari Pulau Langkawi. Walaupun dia sampai lewat pagi dalam pukul 5 pagi tadi tapi dia selamat dah kira ok le. Tu pun tengah letih lagi agaknye nanti dia sambung tido le tu. Anak-anak pun hari-hari dok tanya bila ayah nak balik? Tapi bila ayah diorang balik semua tengah sedap tido. Yang si kecik tu pagi tadi jaga-jaga je terus peluk ayah dia. Tanya dia ada tangkap gambar ke? Tak de pun tak pegi mana-mana gi beli coklat je sikit. Katanya kat sana hujan lagi pun dia malas nak jenjalan. Minggu ni budak-budak tu makan coklat je laaa...