Jangan tengok je, klik laa...

Sunday, September 12, 2010

Datuk Sosilawati dijumpai dibunuh dan dibakar?

Terkejutnya dengar berita TV1 dan TV3 pagi ni ada cerita tentang Datuk Sosilawati Lawiya pengasas satu produk kecantikan yang terkenal bersama dengan tiga orang yang lain telah dijumpai rentung di ladang ternakan ayam di Tanjung Layang, Morib. Mayat mereka dijumpai pada pukul 11.30 malam tadi. Keempat-empat mereka dipercayai dibunuh dan dibakar. Walau bagaimanapun pihak polis dan pakar forensik masih menjalankan siasatan untuk mengenal pasti identiti sebenar empat mayat rentung yang baru dijumpai. Diberitakan bahawa abu dan mayat mereka dicampakkan di pantai. Setakat ni enam tangkapan telah dilakukan melibatkan seorang Datuk yang mempunyai adik seorang doktor. Tak tau la sape tapi yang pastinya sape2 yang buat bende ni memang bodoh kalau dapat memang komfem bunuh je. Masyaallah, kejam sungguh manusia zaman sekarang ni. Apalah kesnya sampai sanggup dibunuh dan dibakar sampai macam tu sekali?