Jangan tengok je, klik laa...

Sunday, October 23, 2011

Lukisan Abang Aa

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Lama betul tak cara dengan blog ni, hari ni ada le sikit cerita yang nak dikongsi dengan semua. Ni akak nak cite pasal anak akak yang sorang ni, Abang Aa namanya. Dia ni kira dalam kategori suka menconteng le, biasanya die suke tulis A,B,C ke atau conteng-conteng biasa jee tapi memang tak pernah lagi le tengok dia lukis gambar. Satu hari tu masa akak tengah menjahit tu dia datang tunjuk kat akak "Ibu....ibu, tengok Abang Aa lukis orang...". Haa...haaa...haa.. bila akak tengok gambar yang dia kate orang tu......hmmmm....  boleh tahan jugak lukisan anak aku ni. Ada la jugak rupa orang sikit...hee...hee. Mata kecik hidung besoo, ok la tuuu. Teruskan wahai anakku.

Ni gambar orang mata kecik, hidung besoo..
Dengan gigih berusaha maka terhasillah lagi gambar ni, Abang Aa kata gambar hantu terbang. Yang satu lagi tu gambar hantu kelakar. Apa yang kelakar pun tak taulah.

Ni hantu kelakar..
Ni hantu terbang...

Monday, April 18, 2011

SYAITAN PUN TERKEJUT

 
  

















 Ada satu cerita. Ada seorang manusia yang bertemu dengan syaitan pada waktu Subuh. Daripada pertemuan itu akhirnya mereka menjadi sahabat. Menjelang waktu Subuh yang berikutnya, syaitan melihat manusia (kawan baru) tidak menunaikan solat, sambil tersenyum, syaitan berkata dalam hati, 'orang ini boleh menjadi sahabat baik aku'.

Begitu juga apabila tiba waktu Zohor. Orang itu masih tidak mengerjakan solat. Syaitan makin tersenyum lebar dan berkata dalam hati, 'rupanya inilah bakal teman sejatiku di akhirat nanti'. Ketika tiba waktu Asar dan sehingga habis waktu, orang itu masih dengan kegiatannya.

Syaitan mula terdiam.....kemudian datang waktu Maghrib, ternyata temannya itu tidak solat juga. Syaitan makin gelisah, tiada lagi senyum menguntum. dari wajahnya nampak bahawa ia seolah-olah sedang mengingati sesuatu. Akhirnya ketika dilihat sahabatnya itu tidak juga mengerjakan solat Isya, syaitan menjadi panik.

Melihat kejadian itu, syaitan tidak dapat menahan diri lagi, dihampiri sahabatnya tadi dengan penuh ketakutan dan berkata, 'wahai sahabat, aku terpaksa memutuskan persahabatan kita'.

Dengan penuh kehairanan manusia itu bertanya, 'kenapa engkau engkar janji? bukankah dulu, engkau ingin menjadi sahabat aku,' syaitan menjawab dengan gementar 'nenek moyangku dulu hanya sekali sahaja membangkang perintah-Nya, iaitu menolak untuk sujud kepada Adam, telah dilaknat-Nya.

Apakah engkau hari ini, telah lima kali membangkang untuk sujud kepada-Nya (sujud kepada Allah), tidak terbayang olehku, bagaimana besarnya murka Allah padamu.

-dikutip dari dakwah2 blogspot.

Sunday, April 17, 2011

Sejarah April Fool

Ia mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyuol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian.

Penduduk-penduduk Islam di Sepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan umat Islam dari Sepanyol.

Penduduk-penduduk Muslim ini diberitahu bahawa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama barang-barang keperluan dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh di pelabuhan. Orang Muslim yang risau jika tawaran tersebut merupakan satu panipuan telah pergi ke pelabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan.

Setelah berpuas hati, mereka membuat persediaan untuk bertolak. Keesokan harinya (1 April) mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan menuju ke pelabuhan. Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah penduduk-penduduk Islam ini.

Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar. Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum Muslim dan membunuh kesemuanya; lelaki, perempuan serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian.

Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia. Apa yang menyedihkan, masyarakat Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara sesama Islam sendiri.

(Dipetik dari Maruwiah Ahmat, 2003, Sejarah Bani Umayyah di Andalus, Karisma Publication Sdn. Bhd. Shah Alam, halaman 86 - 87)

Sunday, January 16, 2011

Adib tengok cite hantuuu...

Salam semua, ada satu malam tu anak-anak tengah tengok tv. Masa tu akak tak tau pun diorang tengok cite apa. Akak masa tu tengah baca paper dekat le dengan diorang yang tengah tengok tv tu. Akak terpandang le si Adib anak akak yang sorang ni tertutup-tutup muka dia, ingatkan pasal apa rupa-rupanya takot tengok cerita hantu kat tv. Takut tu takut tapi nak tengok jugek, nak tukar cerita lain tak bagi dia nak tengok jgek cerita tu. Ni la rope budak takut tapi mau...

Sunday, January 2, 2011

Selamat masuk ke alam persekolahan anak ibu...

Jumaat baru2 ni 31 Dis masuklah ke sekolah sorang lagi anak ibu. Sekejap je dah beso, tup...tup...tup dah darjah satu dah. Lepas ni harap-harapnye Akmal akan bersemangat le untuk belajar di sekolah, tak boleh dah la nak malas-malas. Kena la rajin baca buku supaya cepat pandai. Sorang lagi anak ibu tu pun tumpang sibok jgek, semangat die pn lebih daripada abang yg nak sekolah. Awal-awal lagi dah tanye baju sekolah die mana nak cari puas pujuk baru nak pakai baju lain, nasib baik beg sekolah ada beli hari tuuu. Hmmm... mintak-mintak le yg sorang ni bile dah sampai masa dia sekolah nanti bersemangat cmni jgek...






Saturday, January 1, 2011

Selamat tahun baru 2011


Sedar tak sedar dah bertukar tahun dah kan. Maknanya dah semakin bertambah la umoqnya..hehee makin muda la tu. Makin bertambah ragam anak2..makin besar la katakan.. harap2nya makin mendengar kata la ye.. Semoga tahun baru ni kehidupan makin bertambah senang..murah rezeki hendaknya. Amiiiinn...