Jangan tengok je, klik laa...

Wednesday, July 21, 2010

Jemnye hari niii....

Pepagi ni tiba-tiba je hujan turun. Jadi secara automatiknya akak la kena hantar anak pergi sekolah. Tak boleh la bebudak tu nak naik motor macam selalu. Jengok tengok kat jalan..."Mak aiii.... banyaknye kete...." Pukul 7 pagi keluar dari rumah. Dari rumah nak keluar ke jalan pun dah jem. "Hmmmm.... sabo je la ". Akak pun bukannya cekap sangat lagi bawak kereta ni. Hujan pulak tu. Mintak-mintak la selamat pergi dan selamat balik (cam nak pergi jauh je). Banyaknyeeelah kereta hari ni. Bergerak pun macam semut je. Lengoh dah kaki akak tekan klac. Selalunya kalau pergi ambil anak akak balik sekolah dalam 10 minit dah sampai dah (pergi sekolah selalunya ayah diorang yang hantar) hari ni lebih dari setengah jam baru sampai sekolah. Lambat la anak akak masuk sekolah hari ni. Dalam perjalanan balik rumah hantar yang lagi sorang pergi Tadika pulak. Nasib baik la sekolah dia tak jauh dari rumah. Tu pun dah dekat pukul 8 baru sampai sekolah. Walau macam mana pun akak sampai kat rumah dengan selamat..Alhamdulillah.... tinggal la akak dengan si kecik ni....

 Lebih kurang cam ni leee... eeh! yeke?

Pic by: joiseyshowaa

Ole-ole dari Jengka...

Hari Senin hari tu akak dan keluarga sempat balik ke Jengka selepas selesai urusan di PPD Maran, Maklumlah nak uruskan pertukaran anak sekolah. Sampai kat PPD Maran tu pun dah dekat pukul 4, nasib baik le sempat. Bila selesai je urusan kat situ apalagi...balik rumah mak la kat Jengka 17. Balik rumah mak ni la yang bes ni. Selain dapat jumpa mak dengan ayah boleh makan buah. Sekarang ni kan musim buah-buahan ada buah rambutan, durian, buah manggis dan buah kelapa sawit eh...eh...eh...tersyasyul plak. Makan jangan tak makan. Kalau balik pulak lepas ni rasanya telan air liur je la.. yang makan, makan...tapi banyak mana sangat nak makan, paling banyak  pun durian dua biji lepas lah (kesian baby dalam perut, kepanasan). Rambutan sikit, manggis sikit, durian sikit. Yang lebih tu angkut bawak balik Putrajaya laaa..he..he..he...

Ni la anak emak, abang-abang dia yang
lain seme menghilangkan diri..

Ni la nama dia buah manggis...

Ni pulak nama die buah durian...

 Ni nama dia buah moktan...