Ni akak ada terbaca dalam Berita Harian mengenai seorang bekas pengacara TV3 yang sorang ni. Tup-tup dengar hari tu dah bercerai angin tak de ribut pun tak de. Ni pulak dalam paper (Berita Harian la) kata dia tak boleh keluar dari Brunei dalam masa sepanjang tempoh idah, hmmm... macam-macam. Lepas tu kata nak menetap kat luar negara plak samada di London atau Australia. Hmmm...akak rasa, kalau setakat tempat tinggal kat ceruk mana dunia ni dia boleh tinggal almaklum le duit banyak. Tapi walaupun banyak duit masih tak mampu untuk mengekalkan kebahagiaan hingga ke akhir hayat.
Sultan Brunei, 63, diijabkabulkan dengan Azrinaz, 31, pada 20 Ogos 2005 dalam satu majlis tertutup di ibu kota. Pasangan itu bercerai talak satu pada bulan lepas. Selain Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah, hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang putera, Pengiran Muda Abdul Wakeel, 4. Sian anak-anak.
Itulah qada' dan qadar yang tuhan telah tentukan untuk setiap manusia di muka bumi ni. Apa yang akak harapkan semoga hubungan keluarga akak aman sentosa walaupun kitorang ni tak dak le kaya cam diorang tu (kadang-kadang terpikir juga tak nak ke diorang nak bagi kat akak ni sikit, sejuta jadi le)...
Sumber: Berita Harian
No comments:
Post a Comment