Masa tengah bahagia |
Hmmm, apa dah jadi dengan artis sekarang ni. Kahwin sekejap bercerai. Yang terbaru ni Maya Karin Roelcke. Walaupun mempunyai pakej yang menarik dan cukup lengkap tetapi masih tak dapat nak menjamin kebahagiaan hubungan di dalam berumah tangga. Nak kata tak cantik mustahil la plak, nak kata x dak duit pun mustahil la jugak. Kira ok la kan. Bekas suami dia tu pun hensyem jugak apa (memang hensyem pun). Apa yang akak nak cita kat sini bukannya nak memburukkan mana-mana pihak cuma nak menterjemahkan rasa tak paham akak ni dengan trend artis-artis ni asal kahwin je mesti tak lamanya. Bukan Maya Karin sorang je, dulu-dulu si Erra dengan Yusri tu pun lebih kurang sama jugak la. Bukan la semuakan ada la yang ok kekal sampai ke hujung nyawa alhamdulillah. Tapi korang rasa la kan, kenapa jadi macam tu ek? Bukan apa bila keluar berita-berita artis tu bercerai artis ni bercerai ianya akan mencerminkan pada sisi yang negatif bagi sesebuah perkahwinan terutama yang melibatkan artis. Dan yang lebih malang lagi jika artis tu beragama Islam. Ye la nanti bila artis lain nak kahwin contohnya orang ramai mesti akan kata "Ah! mesti tak lamanyaaa..., tak kemananya..." Seolah-olah orang dah boleh agak dan ini menunjukkan imej yang tak elok. Padahal perkahwinan tu merupakan satu ibadah yang sangat besar pahalanya dan sangat dituntut (waaah ustazah la plak). Ye la memang la tuhan yang tentukan qada dan qadar tapi tuhan tak jadikan tanpa sebab. Tu la sekarang ni ada yang jadi tak nak kahwin, takut nak kahwin dan macam-macam lagi. Harap-harap kita yang dah berkeluarga ni ambil iktibar je la berdoa jangan jadi artis sudah...
Pic by: misssyida
huhu.. yg baik jadikan teladan..
ReplyDeleteyg buruk yg jd kan pengajarn... hihi
hmmm...ye latu aku_gayahspears, sok2 klu aku_gayahspears jadi artis jgn jadi macam diorang tu...k
ReplyDeleteMasa nak kawen dulu,mgkin ada niat nak menunjuk2 kot.....tu yg tiada keberkatan tu.Agaknyalaa...
ReplyDeletetu la agaknye, lagi satu agame tu mungkin kurang mase nak kawen dulu mungkin syarat je untuk seronok2...
ReplyDeletetak sangka diorang pun tak kekal..
ReplyDeletetu la ana j, diorang ni mase nak kawen dulu bagai nak rak kompem sehidup semati aleh2 mcm tu jadinye...
ReplyDelete