Jangan tengok je, klik laa...

Monday, August 16, 2010

10 fakta menarik...


Alhamdulillah kita hari ni dah masuk hari yang ke 6 (btol ke?) kita berpuasa. Semoga kita selamat dan berkesempatan untuk sampai ke akhir Ramadhan, aaamiiiiin... Hari ni plak akak seharian bengkek dengan broadband ni, punyalah susah nak berinternet (berblog) asyik meragam jeee. Sekarang ni pn macam tu jugek tapi akak sempat le jugek belek2 internet. Ni akak ada beberapa fakta yang menarik untuk dikongsikan bersama dengan korang semua yang mungkin x terfikir oleh kita semua.

1) Secara purata wayar elektrik untuk sebuah kereta adalah sepanjang 914.4 meter.
2) Seorang manusia ketawa sebanyak 15 kali sehari (jangan ketawa banyak2 sangat, gelap hati).
3) Seorang manusia memerlukan 800 gelen air sepanjang hidup mereka.
4) Tahukah kita bahawa otak manusia mempunyai 100 billion sel saraf (subhanallah).
5) Purata seorang manusia mengambil kira-kira 61 kg gula setahun (kat Malaysia lebih kot).
6) Cleopatra boleh berbahasa Greek, Latin, Hebrew, Aramaic dan Parsi.
7) Cengkerik gergasi Afrika suka memakan rambut manusia.
8) Bulan yang mengelilingi planet Jupiter merupakan bulan yang paling laju di dalam sistem solar kita. Hanya mengambil masa 7 jam untuk satu pusingan dengan kelajuan 113,273.6 kmj.
9) Kita bertutur sebanyak 31,500 patah perkataan sehari (suami akak kurang kot).
10) Purata seorang wanita menggunakan lipstik sebanyak 3 kg sepanjang hayatnya (tak termasuk akak).

4 comments: